Saturday, June 2, 2012

Kejayaan Hi Tea bersama Dayangku Intan; PAS Gopeng tekad teruskan dakwah konteks baharu


Kejayaan Hi Tea bersama Dayangku Intan; PAS Gopeng  tekad teruskan dakwah konteks baharu
Medan Gopeng-30 Mei 2012

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah  menganjurkan majlis Hi-Tea Bersama Dayangku Intan di  Dewan Silveritage Medan Gopeng hari ini.

Majlis yang julung kali dianjurkan oleh Dewan Pemuda sendiri memandangkan tetamunya adalah artis wanita  terkenal tanahir yang telah menyertai PKR telah mendapat kerjasama erat daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat, PAS Batu Gajah dan Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng sendiri. 

Hi-Tea yang bermula pada jam 5 petang itu diserikan dengan nyanyian serta petikan gitar daripada Ustaz Huri yang cukup terkenal dengan siri kuliah dan pengajian kitab  seluruh Perak dan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Gopeng Saudara YM Raja Mohd Yusuf.
Rata-rata hadirin berpuas hati dengan kehadiran wanita-wanita yang berjaya didekati dengan menggunakan ikon terkenal seperti Dayangku Intan. 

Malah menurut Radzi Zainon selaku tokoh yang diraikan pada petang itu, fenomena kebanjiran artis menyertai PAS dan PKR menampilkan suatu dimensi baru perjuangan menentang kezaliman di negara ini malah ia perlu dimanfaatkan oleh seluruh jentera PAS baik Dewan pemuda mahupun Dewan Muslimat.

“Pemuda perlu dominan dan menggerakkan massa manakala muslimat pula perlu interaktif dan berimej kontemporari untuk menarik anak muda lelaki mahupun wanita” jelas Radzi semasa ditemuramah oleh Media Sungai Rapat.

Dewan permuda Pas Gopeng bertekad untuk terus menganjurkan majlis Hi-Tea sebegini malah jualan tiket yang mencecah 250 tiket boleh dianggap memberangsangkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7