KENYATAAN
MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG
TARIKH:
6 Jun 2012
MENJAWAB
FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN
Latar
Belakang
Mendapati pihak tertentu telah
menyebarkan bahan sebaran fitnah yang bertajuk ‘Jihad Mempertahan Pembinaan
Sekolah Agama Rakyat Di Taman Desa Aman’ yang telah diedar di seluruh kawasan
Parlimen Gopeng, kami pihak Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng
mengambil sikap untuk menjelaskan isu fitnah yang menuduh pemimpin Pakatan
Rakyat membuat kolaborasi menentang pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Menyedari pemimpin PAS iaitu Saudara Radzi Zainon difitnah sebagai petualang
menghalang pembinaan sekolah agama merupakan fitnah terbesar memandangkan teras
perjuangan PAS sejak zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi adalah
membela SAR walaupun dasar Dr Mahathir adalah menindas dan mendiskriminasi SAR.
Menyedari fitnah yang juga
membabitkan PKR dan istilah ‘kafir harbi’ telah dihebahkan secara berleluasa
tanpa takrifan yang sebenar memerlukan pihak kami untuk menjawab tuduhan liar
ini untuk kefahaman rakyat Kawasan Gopeng.
Sejarah
Sekolah Agama Rakyat Desa Aman
Sekolah Agama Rakyat Desa Aman pada
asalnya menggunakan ruang bawah Surau Desa Aman iaitu sebuah bangunan lama yang
menempatkan hampir 200 orang pelajar. Pada tahun 2009, telah dibina bangunan surau
yang baru serta para pelajar dipindahkan
ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh dan
pada saat itu pelajar merosot ke jumlah 80 orang pelajar sahaja(telah 3 tahun
beroperasi di Dewan Orang Ramai)
Jumlah pelajar menjadi merosot kerana keselesaan yang kurang dan para
pelajar hanya dilonggok tanpa pengagihan kelas yang sempurna.
Pelajar dihalau ke khemah
sementara
Namun begitu isu ini sebenarnya bermula apabila pada Mac 2012 apabila pelajar dipindah ke bawah khemah
di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.
UMNO salahguna Dewan Orang
Ramai
Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini
dilakukan kerana Dewan Orang Ramai
tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.
Lebih misteri selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan semula ke Dewan Orang Ramai. Isu ini berpunca daripada sikap salahguna
harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.
Telah menjadi lumrah UMNO untuk menggunakan bangunan KEMAS, Dewan Orang
Ramai atau balai raya untuk kegunaan parti kerana UMNO adalah parti yang tiada dana untuk membina markaz sendiri! Hal
ini amat memalukan kerana mereka telah berjaya memgang kerajaan lebih setengah
abad.
Rombongan Pakatan Rakyat, Saudara Radzi Zainon, En Megat Ikmal , Mejer (B)
Yaakub, En Alias, telah mengadakan 2 kali
lawatan untuk mendengar rintihan pelajar dan guru yang dihalau keluar ke khemah
tersebut selama 2 minggu.
Datuk Hamidah tergesa-gesa mengarahkan guru dan pelajar berpindah semula
ke Dewan Orang Ramai kerana terkesan dengan gerak kilat Pakatan Rakyat
mengunjungi khemah berkenaan. Tindakan Pakatan Rakyat yang menerjah ke khemah
berkenaan sebenarnya telah membantutkan niat UMNO untuk menggunakan Dewan
tersebut untuk tujuan kepartian.
Projek bangunan ‘mee segera’
Pihak kami juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM 100 000 untuk membina
sekolah agama secara tergesa-gesa.
Dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang biasa, tanpa
prosedur MBI, JKR, Bomba (tanpa pagar
keselamatan/papan tanda signboard projek) yang selalunya mengambil masa 6 bulan
hingga setahun. Projek tersebut dibuat
tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu
dibina.
Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan,
jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun.
Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan
Pembinaan secara terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan
orang ramai.
Tidak ada papan tanda serahan kerja (nama Kontraktor dan
Akitek) atau kelulusan pihak kerajaan
tempatan
Tujuan projek ‘mee segera’ Hamidah adalah kerana untuk mengambil juga
Dewan Orang Ramai untuk tujuan kepartian. UMNO tidak boleh mendapat peruntukan
kerajaan negeri untuk peruntukan bilik gerakan UMNO, disebabkan itulah sekolah agama
segera perlu dibina untuk mengambil alih Dewan Orang Ramai secepat mungkin.
Datuk Hamidah telah menyerah urusan projek bangunan misteri ini kepada sebuah
syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!
Reaksi Rakyat
Rakyat yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina di kawasan berkenaan amat
terkejut kerana kawasan padang mereka telah diceroboh. Mereka tidak tahu menahu
berkenaan projek sekolah agama. Jika benarpun ingin membina sekolah agama
selalunya jawatankuasa dibentuk dahulu dan penduduk tempatan akan dimaklumkan
tambahan pula melibatkan penggunaan tanah padang rakyat.
Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato’ Hamidah Osman,
Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah:
·
Bantahan projek ‘bangunan’ di Taman Permainan Taman Pegoh
Aman.
·
Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa
membeli rumah untuk kemudahan padang.
·
Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina
‘dipercayai’ adalah Sekolah Agama Rakyat.
·
Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon
pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
·
Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak
pernah turun berdialog)
Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan
disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen
Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal
(Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.
Gambar penduduk Taman Pegoh Aman terdiri dari kaum Melayu dan Cina
yang membantah pembinaan bangunan misteri (haram) yang menggunakan tanah padang
rakyat. Kerjasama penduduk ini dikatakan sebagai kerjasama kaum Islam dengan
kafir harbi (non muslim yang wajib diperangi). Suatu tuduhan yang cukup rasis
dan melampau.
Memorandum penduduk Taman Pegoh Aman
Peta menunjukkan tanah lapang untuk
kegunaan penduduk taman.
Bukti Ahli Parlimen Gopeng membuat
surat susulan Memorandum apabila Datuk hamidah hanya mendiamkan diri tanpa
jawapan untuk berdialog.
Reaksi UMNO dan pendukungnya.
Dalam Sinar Harian bertarikh 31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama
penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan
menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan
wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate,
Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Keratan Sinar Harian 31 Mei 2012
Isu ini menjadi bahan eksploitasi simpatism UMNO apabila risalah haram
tanpa penerbit diedarkan sekitar masjid dan tempat awam Parlimen Gopeng. Istilah
simpatism UMNO digunakan kerana tiada bukti nama UMNO yang menerbitkan risalah
haram berkenaan walaupun pihak kami percaya isi risalah yang sarat dengan
seruan perkauman dan jihad yang melucukan adalah idea pemimpin UMNO.
Risalah ini
terang-terang adalah fitnah dan lebih kepada taktik biasa UMNO menerbitkan isu
perkauman walaupun umum jelas bahawa UMNO tidak pernah berjuang mempertahan
Sekolah Agama Rakyat sebelum ini. Mereka hanya menangguk di air yang keruh
untuk mengambil kesempatan atas ketidakpastian dan kekeliruan rakyat terhadap
pembinaan bangunan misteri tersebut.
Lebih menarik Ustaz
Haji Jamaluddin Mudir SAR tersebut mengaku tidak pernah mengatakan sanggup mati
demi mempertahankan bangunan misteri tersebut apabila dimeuramah oleh pihak
Pakatan Rakyat.
Pada 2 Jun 2012
pula, Datuk Hamidah Osman telah mengeluar pula kenyataan melalui Sinar Harian
bertajuk ‘Mereka Tidak Sensitif agama’ menyelar pembangkang yang dikatakan
tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba
menghasut rakyat berdemostrasi. Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak
timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu
sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah
berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu.
Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online
(web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan
parti UMNO menjelang pilihanraya. Inilah
isu pengkhianatan yang sebenarnya. Datuk Hamidah hanya berani mengeluar
kenyataan akhbar tetapi pengecut untuk berdepan dengan rakyat yang bersedia
berdialog dengan beliau melalui Memorandum 4 Mei 2012 yang lalu.
Keratan Sinar Harian
2 Jun 2012
Apakah Isu sebenar?
·
Penduduk bukan membantah sebaliknya ingin berdialog kerana awalnya projek mee segera itu tidak diketahui
hujung pangkal kerana tiada perundingan/prosedur/papan tanda.
·
Penduduk hanya ingin tahu hak mereka memiliki padang rakyat dan
bukannya menentang sekolah agama.
·
Majoriti penduduk depan padang adalah penduduk Cina yang
inginkan padang mereka.
·
Penduduk terkejut dan hanya tahu bangunan itu adalah sekolah
agama apabila menerima risalah rasis yang dipercayai diedar oleh UMNO Gopeng
dan merasa marah kerana dituduh menentang sekolah agama/Islam sedangkan projek
itu tanpa perundingan, tanpa papan tanda.
·
Penduduk memahami bahawa pembinaan bangunan tanpa nama itu
bertujuan menghalau para pelajar SAR ke sana dalam usaha UMNO untuk menakluki
bangunan Dewan Orang Ramai.
·
UMNO sanggup merampas harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai
untuk kegunaan sendiri dan merampaskan tapak padang demi mengaut publisiti
murahan.
·
Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat
persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun
dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan
walaupun tiada kelulusan tanah.
·
YB Datuk Hamidah Osman sebagai Exco Kanan telah melanggar
undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat
untuk berdialog.
·
Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada
SAR tersebut supaya tapak pembinaan
SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
·
Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan
Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Datuk Hamidah Osman.
·
Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi
dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah
dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.
Sebagai sisipan disertakan senarai
pengkhianatan UMNO terhadap SAR dan Agama Islam.
·
Melanggar keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan bertafakur
depan tugu negara.
·
Menutup Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi yang mendirikan
solat Jumaat, Imam ditangkap, tikar digunting.
·
Meroboh Masjid Bujal Kemaman.
·
Roboh surau Berembang Ampang Selangor 30 November 2006.
·
Surau Ar Rahman Sek 8 Shah Alam diarahkan tutup pada 2007.
·
Hapuskan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa melayu.
·
Sekat bantuan perkapita SAR zaman Dr Mahathir menjadi PM.
·
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak (Pakatan Rakyat) akan
mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama
Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008. Bantuan kepada sekolah agama rakyat
telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak
pentadbiran Tun Mahathir.
UMNO perlu malu dengan
tindakan sendiri.
Suatu ketika dahulu semasa Ketua Cawangan UMNO Taman Desa Aman, al Marhum
Abd Hadi Bin Mat Jasak telah bersusah
payah bersama dengan Tuan Haji jamaludin (Mudir SAR sekarang) turun naik
berurusan dengan kerajaan untuk mendapat kawasan lapang sebelah surau untuk
membina (kini 12 unit kedai) sekolah SAR dan pembesaran surau.
Namun yang mengecewakan selepas 2 minggu arwah meninggal dunia, secara tiba-tiba kawasan tersebut telah dimajukan
untuk projek lain (kini adalah rumah
kedai 12 unit). UMNO perlu malu dengan usaha Al Marhum yang sepatutnya diambil kira dan dipandang
oleh UMNO jika UMNO benar-benar mengambil berat isu SAR.
Gesaan Kami
UMNO dan pemimpinnya perlu
‘gentlemen’ memohon maaf dengan penduduk yang telah mengeluarkan memorandum
kerana beberapa kenyataan media yang dikeluarkan melalui akhbar telah menghina
dan memperlekeh tindakan penduduk yang ingin berdialog secara terbuka dan
sihat.
Datuk Hamidah perlu mengubah
sikap agar bersedia berdialog dengan rakyat. Sikap beliau yang gemar menyerang
rakyat dan terutamanya kaum Cina akan menambahkan lagi sindrom penolakan UMNO-BN dikalangan rakyat
bukan Melayu.
Kami juga menggesa UMNO
menghentikan tindakan keji menggunakan prasarana awam untuk kegunaan parti
kerana ia menampilkan kelemahan utama UMNO iaitu tidak mampu berdikari serta
tidak layak bergelar parti pemerintah.
TERBITAN : Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng
37A Medan Lagenda 1, Taman Lapangan Permai, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak.
Tel/Fax : 05-311 4608
No comments:
Post a Comment