Sunday, November 11, 2012

Tolak lidah UMNO manipulasi istilah kafir Harbi


Tolak lidah UMNO manipulasi istilah kafir Harbi

Saya memandang serius berkenaan berleluasanya gejala fatwa kafir harbi yang kerap dilaung oleh individu atau puak tertentu pro UMNO. Hal ini disebabkan saya sendiri pernah berada di situasai berkenaan apabila sahabat seperjuangan saya YB Dr Lee Boon Chye dan angkatan PKR Gopeng digelar sebagai kafir Harbi semata-mata kerana membela suara rakyat Taman Pegoh Aman di Seksyen 18 di Parlimen Gopeng. Rakyat bangun  kerana ketidakpuashatian mereka terhadap bangunan misteri yang dibina oleh YB Hamidah Osman di padang permainan taman berkenaan.



Banyak risalah haram tanpa penerbit dikeluarkan malah beberapa NGO yang berhimpun di Taman Pegoh Aman melaung-laung seruan perkauman dan istilah kafir harbi menjadi slogan mereka sepanjang demo menyokong SAR.
Tindakan mereka berdemo tidak dapat mengikis sikap sebenar UMNO-BN terhadap SAR dan institusi pondok.
Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu telah  mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan  haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.

Sungguh mudah mereka menggunakan istilah harbi seolah-olah pondok mereka tiada silibus berkenaan fiqh kenegaraan beza kafir zimmi dan kafir harbi. Sangat jahil dan dangkal.

Saya memuji tindakan bijak Presiden PAS bertanya di dalam parlimen berkenaan sikap semberono individu rasis menggunakan istilah harbi tanpa pedoman.

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini.

Presiden PAS  juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia. Namun tindakan jahil sebegini tiada pula diambil tindakan atas nama keselamatan dan ketenteraman dilakukan.

Saya juga berharap ulama’ atau tuan-tuan guru seperti Abdullah Sa’mah tidak terpedaya dengan agenda pragmatik UMNO dalam isu pondok dan sekolah agama rakyat. Adakah dengan perlancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan beliau sendiri menerima sumbangan bantuan  RM2 juta dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menyebabkan beliau sanggup memanipulasikan istilah harbi? 

Tuan-tuan guru dan murabbi pondok sekalian perlu sedar dalam Bajet 2013 yang lalu, kerajaan BN tidak langsung meletakkan peruntukan untuk kemajuan Sekolah Agama Rakyat seiring dengan bantuan sekolah-sekolah lain. Malah BN pernah berusaha mematikan SAR melalui penarikan bantuan perkapita kepada SAR. Adakah semua ini tidak cukup membuktikan UMNO hipokrit dalam isu SAR dan Pondok?

Radzi Bin Zainon
Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat (PAS)

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7