Tuesday, December 30, 2008

Umno lebih agresif menentang Hudud daripada DAP

Umno adalah parti Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan, maka sebab itu Umno tidak berminat untuk membicarakan soal hukum ini. Umno lebih suka `mempromosikan' hukum yang tiada kaitan langsung dengan Islam bahkan ditentang oleh Islam. Akta ISA salah satu contoh di mana UMNO begitu mempertahankannya, malahan sanggup hilang rakan sekutunya demi Akta zalim ini.
Apabila pemimpin PAS bersuara tentang hukum hudud ini, Umno akan mengambil kesempatan ini bukan untuk membantu merealisasikannya, bahkan akan mencari jalan untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hukum ini akan ditolak.

Maka, Umno akan mengambil dalil beberapa kenyataan pemimpin yang Non Muslim dari parti-parti yang sekutu dengan Umno atau pun yang sekutu dengan PAS. Apakah tujuan UMNO ini? Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mempastikan PAS akan menempuh jalan yang getir dan sukar untuk melaksanakan hukum Allah ini.

Apa yang nyata, musuh utama dan penghalang utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum hudud ini adalah Umno. Walaupun DAP, MCA, Gerakan atau MIC secara terang-terangan menentang hukum hudud ini, tetapi PAS tidak pernah menganggap pemimpin-pemimpin yang Non Muslim di dalam parti tersebut sebagai penghalang atau musuh utama bagi PAS.

PAS lebih awal kenal siapa musuh Islam yang hakiki. Umno lebih kuat menentang hudud melalui kuasa yang ada padanya sekarang. DAP contohnya, hanya mengeluarkan pendapat menentang hukum Allah ini, tetapi Umno lebih rakus dan zalim sehingga menggunakan kuasa dan undang-undang manusia untuk menentang undang-undang Allah.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS, DAP atau KeADILan di atas isu ini. Mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika PAS mempunyai cita-cita dan usaha ke arah melaksanakan perintah Allah tersebut, adakah mereka (UMNO) mempunyai cita-cita dan usaha ke arah itu ? Ref Harakah

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7