Friday, January 16, 2009

Hudud: PAS Takkan Undur !

DAP Ancam Keluar Pakatan Rakyat Seandainya PAS berkeras laksanakan hudud. Itulah tajuk kebanyakan akhbar dan berita hari ini.

Ulasan diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di TV3 malam tadi adalah tepat. Pandangan Karpal Singh terhadap hudud adalah pandangan peribadi beliau dan bukannya DAP. Telah di persetujui bersama dalam mesyuarat Pakatan sebelum ini bahawa setiap parti dalam Pakatan akan menghormati perjuangan masing-masing.

Isu ini telah di manipulasi oleh Umno sebagai senjata bagi memecah belah gabungan dalam Pakatan Rakyat. Sasaran utama mereka adalah masyarakat dan pengundi bukan Islam dengan cuba menimbulkan satu konflik agama yang sudah tentunya akan timbul percanggahan antara Islam dan bukan Islam.

Sebenarnya hudud bukan isu baru. Pertentangan hudud bukan hanya pada DAP malah terhadap Umno yang menganuti Islam itu sendiri. Malah penentangan Umno terhadap hudud sebenarnya jauh lebih buruk dan teruk berbanding DAP dan Karpal Singh.

Kita tidak perlu terlalu gusar dengan kenyataan seperti Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan hasrat PAS bagi melaksanakan hudud. Kerana mereka yang bukan Islam sudah pasti tidak memahami dan tidak dapat menerima hukum Islam. Mereka yang tidak beriman dan bukan Islam menolak hukum Islam adalah lebih di maklumi berbanding mereka yang mengaku beriman dan percaya kepada Allah s.w.t. tetapi menolak hukumNya.

Gusar dalam ertikata PAS akan berlembut dan menggugurkan matlamat melaksanakan Hudud.

Sebenarnya tidak timbul PAS akan menarik balik pelaksanaan hudud sekiranya berkuasa satu hari nanti. Dan tidak timbul juga PAS akan menarik balik usaha kearah pelaksanaan hudud hanya kerana gertakan dari DAP untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat seandainya PAS berkeras dengan matlamat melaksanakan hudud.

Sebenarnya isu ini adalah isu lama yang di mainkan semula.

Jika kita masih ingat, selepas Pilihanraya ke-10 pada November 1999, isu yang sama di mainkan Umno dan media. Pada masa itu DAP yang berada bersama dalam gabungan Barisan Alternatif telah berkrisis dengan PAS ekoran manipulasi isu Negara Islam yang asalnya di cetus Umno.

Ia mengambil masa yang agak panjang dan akhirnya pada tahun 2001 DAP bertindak keluar dari Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan konsep Negara Islam PAS yang juga merangkumi hudud.

Baik PAS dan DAP tetap dengan pendirian masing-masing.

Ini sebenarnya menjadi bukti kukuh bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan sesekali menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam yang berasaskan hukum Al-Quran dan as-sunnah. Hudud terangkum dalam Negara Islam yang di perjuangkan PAS.

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS lebih rela rakan coalition mereka seperti DAP keluar dari gabungan pembangkang dari menggadaikan maruah dan prinsip, matlamat perjuangan PAS.

Kita tidak sepatutnya terpedaya dengan dakyah hasil manipulasi media dan isu hudud kononnya PAS sanggup menggugurkan hudud demi tunduk kepada desakan DAP.

Dan DAP itu sendiri walaupun pada tahun 2001 pernah bertindak keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak dapat menerima konsep Negara Islam di perjuangkan PAS tetapi DAP tetap bersama kita dalam landasan perjuangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional.

Ia tidak lama selepas 7 tahun dan kalau kita masih ingat sepanjang kempen pilihanraya ke-12 pada Mac 2008 lalu, isu Negara Islam dan Hudud masih di mainkan Umno dan media dalam usaha mereka menjarakkan DAP dan pengundi bukan Islam seperti masyarakat Cina utamanya yang pada masa itu sudah beralih arah sokongan mereka dari Barisan Nasional kepada PAS.

Dan siapa sangka DAP yang 7 tahun lalu dengan prinsip perjuangan sekularnya keluar dari gabungan Barisan Alternatif tetapi pada hari ini kembali bersama PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Inilah sebenarnya isu utama yang cuba di pecahkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Mereka -Umno dan Barisan Nasional- lah yang cukup gusar dengan situasi yang memihak pada PAS yang memperjuangkan Islam melalui wadah politik dan demokrasi. Dan gabungan, kerjasama antara DAP, PAS dan PKR itu tetap berlaku walaupun sepanjang masa Umno utamanya dengan media yang mereka monopoli sepanjang masa mencetuskan isu-isu agama dan perkauman bagi memecahkan ikatan Pakatan Rakyat dan menjarakkan sokongan pengundi dan masyarakat bukan Melayu seperti orang Cina dan India dari PAS.

Kita tidak perlu gusar akan DAP dan Karpal Singh yang menolak hudud. Kita tidak perlu khuatir PAS akan bertindak menggugurkan matlamat hudud. Sebaliknya kita perlu sedar punca kepada permasaalahan sebenar adalah Umno yang menjadikan hudud sebagai senjata politik mereka bagi menakutkan pengundi Cina dan India dari berterusan mendekati PAS.

Kita akur dengan kenyataan Karpal Singh itu di segi kita orang Islam terasa amat keras. Kerana kita memandangnya di segi agama kita. Tetapi adakah kenyataan dan tindakan Karpal Singh itu keras di bandingkan mereka dalam Umno yang Islam yang juga sebenarnya menolak hudud ?

Umno lah musuh utama hudud ! Umno lebih keras penentangan mereka terhadapa usaha pelaksanaan hudud oleh PAS. Hinggakan pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam Umno tergamak mengekang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu melalui undang-undang. Malah jika kita perhatikan ulasan pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam Umno lah yang memburukkan hudud lebih teruk dari kenyataan Karpal Singh itu sendiri. Sekurang nya Karpal Itu bukan seorang Islam.

Allah s.w.t menyuruh kita bantu membantu dalam perkara kebaikan dan bantu membantu dalam mencegah perkara mungkar.

Tetapi itu tiada dalam Umno bila terkena pada isu hudud. Malah Umno lah yang selama ini memberi persepsi buruk hudud terhadap orang bukan Islam yang akhirnya membuat orang bukan Islam takut dan menolak hudud.

Oleh itu, adalah penting bagi semua penyokong, pendokong perjuangan PAS agar tidak sesekali tertipu dan terpengaruh dengan isu hudud yang di mainkan Umno dan media di monopoli mereka.

Kita perlu ingat semasa hangat isu hudud ini dahulu, Umno menuduh draf kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang di buat oleh PAS sebagai hudud PAS. Umno menuduh itu bukan hudud sebenar tetapi hudud PAS. Mereka juga menggertak tindakan keras undang-undang akan diambil terhadap Kelantan seandainya tetap melaksanakan undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan.

Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada masa itu telah menempelak Umno dengan mencabar mereka jika benarlah draf hudud yang dibuat Kelantan itu hudud PAS maka PAS meminta bagi Umno menunjukkan hudud sebenar dan bantu Kelantan melaksakannya.

Jika benarlah itu hudud PAS, maka tunjukkanlah hudud sebenar dan bantu Kelantan laksanakannya.

Hasilnya sampai ke hari ini Umno membisu dan seolah syaitan bisu. Dan paling malang dan teruk nya mereka hingga ke hari ini bukan pula terarah ke arah baik usaha melaksanakannya, sebaliknya pula mereka mengambil jalan yang paling hina dan keji dengan menjadikan hudud sebagai senjata politik bagi melagakan orang Islam dan bukan Islam bagi meraih hasil yang menguntungkan mereka dalam politik. Mereka lebih mengutamakan kuasa dan politik dari hukum Islam itu sendiri.

Itu lah apa yang berlaku setelah Khairy Jamaluddin mencetuskan isu hudud ini semasa forum Wacana Transformasi Politik Negara di Kota Bharu pada sabtu 20 Disember 2008 lalu.

Mereka tanpa segan silu mencabar PAS dengan hudud dengan pertaruhan kuasa dan sokongan bukan Islam seperti DAP. Mereka lupa bahawa PAS pernah teruji dengan isu yang sama 1999-2001 dahulu dan terbukti PAS tidak pernah menggadaikan prinsinya. Malah DAP yang 7 tahun lalu meninggalkan PAS kerana isu Negara Islam dan Hudud pada hari ini telah bersama kita membina kuasa dalam gabungan Pakatan Rakyat.


Kita perlu sedar siapa musuh sebenar kita. Di mana puncanya. Pencetus kepada persoalan sebenar hudud.

Ingat lah apa yang di nyatakan Karpal Singh sebagai orang bukan Islam itu tidaklah seteruk kenyataan dan ulasan Umno yang terdiri dari orang Islam tapi memburukkan hudud.

Karpal Singh menolak hudud kerana beliau orang bukan Islam. Tetapi Umno yang Islam bukan sekadar menolak malah memburukkan pula hudud di mata orang bukan Islam dan menakut-nakutkan mereka dengan hudud. Cerita sup tangan, habis lah tangan orang bukan Islam kena potong kena hudud,. dan banyak lagi ungakapan dan persepsi buruk hudud keluar dari mulut pemimpin Umno sendiri bukannya Karpal Singh atau DAP.

Oleh itu jangan sesekali terpedaya dengan manipulasi media di monopoli Umno dan Barisan Nasional.

PAS pernah teruji dengan isu yang sama dahulu dan tidak akan sesekali berganjak menggugurkan hudud.

Kerana kita percaya hudud itu jika di fahami dan di laksanakan ia akan menjelmakan keadilan dan jaminan hidup (keselamatan) bukan hanya pada orang Islam malah pada bukan Islam sendiri.

Ayat Tiada Paksaan Dalam Agama itu di turunkan bagi menerangkan tiada paksaan, kekerasan bagi orang bukan Islam menerima Islam. Dan kita perlu sedar yang kita tidak boleh memaksa mereka orang bukan Islam dengan Islam. Dan pada hari ini usaha ke arah penerangan tentang Islam dan hukumnya menjadi payah kerana halangan dari Umno itu sendiri.

Akan tiba masanya hukum Islam tetap terlaksana di bumi Malaysia. Mendepani isu itu satu senjata politik. Kita kena faham yang kita PAS sekarang memperjuangkan hukum Islam melalui jalan politik dan demokrasi bukannya jihad qital.

Diplomasi politik bukannya satu pertaruhan yang merugikan.

Untuk itu bersama PAS. Patuh dan wala' pada pimpinan. Bersama kita Tegakkan Agama Allah ! Takbiirrr !

Wassalam.

Di sediakan oleh,
Zulkifli bin Daud
Jawatankuasa Pemuda Pas Gopeng

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7