Friday, January 16, 2009

Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

SEORANG wanita Palestin menutup hidung selepas letupan tentera Yahudi dekat kota Gaza, semalam.

ASKAR Israel dalam unit kereta kebal mengawasi keadaan di sempadan dan memantau pelancaran roket Hamas.

Pegawai PBB rayu penduduk dunia lindungi orang awam Gaza GAZA:

Pegawai agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya melindungi orang awam Gaza kerana tiada lagi tempat selamat di wilayah berkenaan.

"Perkara pertama dan terakhir semua orang berkata kepada saya ialah tolonglah, kami perlu perlindungan, tiada lagi tempat yang selamat," kata Pengarah Operasi Agensi Penyelamat PBB, John Ging, kepada pemberita dari Geneva menerusi lintasan video.

Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 971, lapor Kementerian Kesihatan Gaza, termasuk 400 wanita dan kanak-kanak. Israel berkata, 10 askarnya maut dan tiga orang awam diserang roket juga terbunuh.
(artikel penuh di BeritaHarianOnline)

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7