PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dimasukkan ke hospital dan gagal hadir pada perbicaraan kes rasuah yang dijadualkan hari ini.
selain Mohd Osman, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi juga tidak hadir kerana turut mengalami masalah kesihatan.
Jamaluddin berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Osman dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan nama hospital Osman dirawat.
"Saya difahamkan keadaannya tidak serius dan mungkin akan keluar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi.
Ekoran itu, Majistret Sharmila mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April depan sebagai sebutan semula kes waran tangkap itu.
Adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam semalam kerana masalah jantung.
"Belum dapat MC sebab doktor masih membuat observation," kata Noriza.
Sementara itu lapor BERNAMA Perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini terpaksa ditangguhkan ke 15 Jun depan kerana Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng menghadiri seminar sehingga esok dan kes itu kemudian didengar di hadapan Majistret Sharmila Abdul Samad.
Jamaluddin berkata beliau juga kurang sihat pada hari ini.
"Sejak dua tiga hari yang lalu, saya sakit kepala mungkin kerana stres dengan tekanan daripada perkembangan politik semasa.
"Saya pun memang sakit pinggang dan tidak mendapatkan rawatan," katanya. [ref mstar] note : Mod menerima beberapa personal emel dan sms yg mengutuk dan ada yang mendoakan keburukan pada ke dua mereka ini untuk siaran di blog. Mod dengan ini memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan luahan sedemikian. Jzk,.

No comments:
Post a Comment