Monday, February 23, 2009

Karpal Terima Surat Ugutan Beserta Peluru Hidup

DPP Gopeng - Ini bukanlah kali pertama Karpal Singh menerima surat ugutan beserta peluru hidup.
Pada tahun lepas semasa kehangatan isu Karpal berhasrat mengemukakan saman terhadap Sultan Azlan Shah yang meminta Pengarah Jaip Dato Jamry Sury yang dilucutkan jawatan oleh MB Ir Nizar di kembalikan jawatannya. Pada masa itu pemuda umno bertindak mengadakan demo dan saman terhadap Karpal. Ia berlaku serupa seperti yang berlaku dengan krisis sekarang. Dan Karpal telah menerima surat ugutan beserta satu peluru hidup. Kali ini Karpal menerima 2 peluru hidup.

Di harap pihak berkuasa dapat menjalankan tugas mengesan mereka yang bertanggungjawab di sebalik surat ugutan berkenaan. Ia melibatkan jenayah berat kerana melibatkan peluru senjata api. Ianya bukan sekadar ugutan terhadap Karpal tetapi juga mereka yang berkemungkinan memiliki senjata api dan kelengkapan senjata secara haram yang boleh menimbulkan isu keselamatan awam secara amnya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menunjukkan sampul surat dan nota ugutan yang mengandungi dua butir peluru yang diterimanya Jumaat lalu.

Berita Mstar : KUALA LUMPUR: Parti Gerakan hari ini menggesa polis supaya segera meningkatkan perlindungan bagi memastikan keselamatan Pengerusi DAP Karpal Singh dan anggota keluargannya, serta ahli politik lain yang menerima ugutan.

Setiausaha Agung parti itu, Teng Chang Yeow berkata ugutan yang dilakukan terhadap Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan anggota keluarganya "adalah sesuatu paling mengejutkan dalam sebuah masyarakat bertamadun".

Beliau berkata Gerakan mengutuk mereka yang mengambil tindakan untuk membuat gutan tidak bertamadun dan ganas itu.

"Kami mungkin mempunyai pandangan dan pendekatan politik berbeza, tetapi perbezaan itu mestilah diselesaikan secara beradab dan diterima masyarakat," katanya.

Kelmarin, Karpal Singh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang berhubung surat yang mengandungi dua butir peluru hidup yang diterima di peti suratnya di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7