Wednesday, February 25, 2009

Polis ambil keterangan Speaker DUN Perak

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.

"Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan bahawa saya bersedia menemui beliau pada 23 Februari (hari ini) untuk kenyataan saya direkodkan," katanya.

Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis dalam proses tersebut.
Turut kelihatan di pejabat guaman itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong A.Sivasubramaniam, Adun Canning Wong Kah Woh, Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, dan Adun Pokok Assam Yee Seu Kai. [mstar]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7