Tuesday, March 31, 2009

Berita Najib Dan Altantuya Muncul Merata Dunia

Jika semasa tahun 1994 Malaysia di zaman Mahathir berkrisis dengan Australia. Suara bantahan Rakyat Malaysia di sensasikan bagi menonjolkan kemarahan terhadap Australia. Manakala kedutaan Malaysia menjalankan tanggungjawab nya memperbetulkan tanggapan buruk Australia terhadap Malaysia.

Ia hanya berpunca dari kenyataan Perdana Menteri Australia, Paul Keating menggelar Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir keras kepala.

Tapi amat malang bagi Malaysia pada hari ini, bila berita bakal Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak keluar di merata dunia tetapi kita tidak dengar sebarang usaha menegur, memohon maaf atau pun kenyataan pihak kedutaan kita di negara terbabit bertindak atas isu yang di timbulkan media di negara luar.

Seolah kepentingan seorang individu yang berkepentingan menuju ke puncak kekuasaan politik negara lebih utama dari kepentingan negara itu sendiri.

Hatta Dato Seri Najib Tun Razak sendiri bertindak mendiamkan diri walaupun isu yang di timbulkan di media negara luar menyentuh batang tubuh beliau sendiri.

Malaysia perlu bertindak terhadap berita meluas media asing jika ia sebarang berita fitnah. Mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan memberi impresi dan implikasi buruk terhadap negara secara umumnya.

Apakah kita sekarang di perintah oleh sebuah kerajaan yang gagal bertindak sewajarnya membenteng segala fitnah terhadap negara? atau kerana berita yang di sebarkan media asing di negara mereka itu satu isu benar ?

Berikut antara keratan dan url sebaran berita yang menyentuh bakal Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Petikan berita menyebutnya sebagai
'..the man most likely to become prime minister of Malaysia..'



No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7