Sunday, March 22, 2009

Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.
harakahdaily

Sememangnya ia suatu yang memalukan rakyat Malaysia seandainya peralihan kuasa PM benar terjadi selepas pemilihan pucuk pimpinan parti yg bakal berlangsung di Perhimpunan Umno 24 - 28 Mac ini.

Bakal Perdana Menteri di dedahkan terlibat dengan suatu kes pembunuhan dan keluar di media asing di negara Perancis. Di baca dan terdedah kepada seluruh dunia.

Pihak yang menyokong Datuk Seri Najib boleh syok sendiri. Tapi Malaysia telah di malukan di peringkat antarabangsa bakal mempunyai seorang Perdana Menteri yang di beritakan media Perancis terlibat dengan skandal peringkat tertinggi seorang wanita Mongolia.

Ia menjejaskan persepsi masyarakat dunia terhadap Malaysia dan bakal menjejaskan kredibiliti negara dalam persaingan merebut peluang pelaburan dan ketelusan kehakiman negara.

Adakah Malaysia akan di yakini oleh pelabur luar dengan terlantiknya Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Datuk Seri Abdullah Badawi, bila segala tuduhan peringkat antarabangsa sedemikian di biarkan begitu sahaja.

Tiada jalan lain, Datuk Seri Najib perlu membersihkan dirinya dari segala tuduhan yg dilemparkan media asing terhadap beliau. Ia bukan isu personal yg melibatkan Datuk Seri Najib seorang, tetapi bakal memberi implikasi kepada negara secara umumnya.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7