Wednesday, March 18, 2009

Kedudukan Kerusi DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang Dirujuk Ke Mahkamah Persekutuan

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undangundang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya, demikian menurut seorang peguam hari ini.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tiga wakil rakyat bebas itu untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan isu perlembagaan berhubung saman yang mereka failkan untuk mengisytihar sebagai tidak sah satu keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mengenai kedudukan mereka.

Rujukan itu dibuat kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di negara ini dan ia mempunyai peranan istimewa untuk membuat penjelasan tafsiran peruntukan perlembagaan persekutuan dan undangundang tubuh negeri.
"Mahkamah Persekutuan adalah forum yang berhak untuk mendengar semua isu perlembagaan ini. "Jadi permohonan ini telah dibuat berdasarkan Seksyen 84A Akta Mahkamah Kehakiman untuk Mahkamah Persekutuan menentukan pengakhirannya," katanya.

Tiga ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.
Bulan lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masing-masing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada Parti Keadilan Rakyat dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Peguam Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar, berkata tiada apa-apa yang perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana Speaker berhak menikmati imunitinya.
Katanya kes berkenaan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana isu yang menjadi pertikaian adalah mengenai Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan hak seorang Speaker. link

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7