Wednesday, March 18, 2009

Demo PPSMI 7 Mac 2009


Sehebat demo BERSIH 10 November 2007 yang mengutus Memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong bagi menuntut Pilihanraya yang telus dan adil, pada Sabtu 7 Mac 2009 bertempat di Masjid Negara para pencinta Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu telah turun menunjukkan sokongan padu bagi menyerahkan Memorandum pada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Demo bantahan PPSMI anjuran GMP -Gerakan Mansuh PPSMI- telah turut di sertai lebih 120 NGO seluruh negara termasuk Persatuan Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN) yang mewakili 8,000 buah sekolah di seluruh negara selain Suaram. Juga di sertai oleh Prof Emeritus A.Samad Said yang telah memenangi anugerah Sastera Negara, juga Dato Dr Hassan Ahmad, selaku Pengerusi GMP yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mereka yang membantah PPSMI bukanlah menentang penguasaan dan pembelajaran Bahasa Inggeris, tetapi menolak pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Penguasaan Bahasa Inggeris sepatutnya di beri penekanan melalui subjek Bahasa Inggeris itu sendiri dan pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bakal menjejaskan pelajar-pelajar Melayu dan pelajar luar bandar. Malah pelaksanaan berkenaan juga hanyalah merupakan arahan Dr Mahathir semasa di akhir pemerintahannya pada tahun 2002 dan di buat tanpa kajian terperinci dan teliti tentang pelaksanaan dan implikasi.

Kami Sokong
Penguasaan Bahasa Inggeris tetapi
bukan
Melalui Sains dan Matematik ! Tolak PPSMI !

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7