Sunday, March 22, 2009

Kes Nizar Cabar Zambry di Pindah ke Mahkamah Persekutuan

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat untuk merujuk persoalan mengenai isu perlembagaan dalam kes itu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Kami berpendapat hakim kes itu memberi takrif yang betul bagi Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964," kata Hakim Md Raus ketika menolak rayuan Mohammad Nizar terhadap keputusan Hakim Lau Bee Lan yang dibuat pada 6 Mac lepas bagi merujuk persoalan itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim itu melahirkan penghargaan kepada Sulaiman Abdullah, peguam utama mewakili Mohammad Nizar, dan juga kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana membantu mahkamah membuat keputusan menerusi penghujahan mereka hari ini.

Sulaiman sebelum itu memohon mahkamah agar menetapkan sama ada Hakim Lau membuat keputusan yang betul dalam merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan Seksyen 84 itu kerana Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman menjelaskan bahawa perkataan "Perlembagaan" hanya merujuk kepada Perelmbagaan Persekutuan dan bukan Undang-undang Tubuh Negeri.

"Hakim Lau tersilap menggunakan Seksyen 84 kerana pertikaian dalam kes itu hanya melibatkan Undangundang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Persekutuan tidak ada kuasa mendengar dan membuat keputusan dalam kes ini," katanya.

Dalam hujah balasnya, Abdul Gani berkata, Seksyen 84 perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangkumi undangundang tubuh negeri bagi mengelak sebarang kejanggalan dalam tafsirannya. link

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7