Sunday, March 22, 2009

Kes Sivakumar di Tangguh Sehingga 27 Mac

Kes Semakan Semula Kehakiman Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditangguhkan sehingga 27 Mac untuk disebut, berikutan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan dalam saman Nizar-Zambry.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad tidak membantah permohonan tersebut kerana isu bagi dua kes itu mungkin ada kaitan dengan isu yang akan ditentukan oleh mahkamah yang lebih tinggi.

Saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kerajaan negeri baru telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan empat isu perlembagaan.

Sivakumar telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap tiga ADUN itu yang menjadi anggota Bebas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memohon agar suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

ADUN itu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Permohonan yang sama dengan satu penyelesaian sama juga difailkan oleh tiga ADUN Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang) dan A.Sivanesan (DAP-Sungkai) dan tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang) terhadap Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee. link

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7