Thursday, March 19, 2009

Osman & Jamaluddin Hadir Beri Keterangan Polis

The Betrayal -si pembelot- bekas ADUN Parti Keadilan Rakyat yang melompat jadi wakil bebas dan merge dengan BN hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak kira-kira sejam bermula 2.30 ptg.

"Kami berdua petang ini memberi keterangan kepada polis berhubung surat yang yang didakwa diserahkan oleh kami kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar,"

Jamaluddin dan Osman telah membuat laporan polis pada hujung Januari lalu masing-masing di Ibu Pejabat Polis Bentong dan Shah Alam.
Minggu lalu Osman, Jamaluddin dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong telah memfailkan permohonan membatalkan keputusan Sivakumar yang menyatakan kerusi bagi kawasan masing-masing telah dikosongkan.

Tuan Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diwakili mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7