Wednesday, April 1, 2009

Punca Penggantungan Harakah

Pada Mar 23 Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas. Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.
Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Melihat kepada senario politik sekarang, penggantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang cukup berpengaruh itu adalah bertujuan bagi mengekang penyebaran maklumat yang mampu memberi impak dan implikasi berkesan terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan kepimpinannya.

Ia berlaku menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-59, menjelang pilihanraya 3 Bukit di Sarawak, Kedah dan Perak. Dan yang paling utama adalah menjelang peralihan kuasa Perdana Menteri dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Tun Razak.

Penggantungan selama 3 bulan jika di teliti bertepatan dengan tempoh peralihan kuasa yang di jangka akan berlaku sebaik selepas Perhimpunan Agung Umno ke-59.
Tempoh 3 bulan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan itu lebih di lihat sebagai menyediakan satu mekanisma peralihan kuasa yang lancar dan tanpa gangguan.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi memberi ruang kepada bakal Perdana Menteri yang baru Dato Seri Najib Tun Razak menjalankan perubahan-perubahan yang bakal beliau jalankan, perubahan Menteri Kabinet, dasar-dasar baru bagi menonjolkan sebuah kepimpinan baru Dato Seri Najib sebagai PM, dan bebas dari segala serangan politik berkaitan kepincangan dan kelemahan beliau.

Dan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan itu bagi 'mereka' di buat pada masa yang tepat yaitu menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-59, menjelang pilihanraya kecil 3 bukit dan menjelang peralihan kuasa Perdana Menteri dan tempoh 'selesa' bagi sang Perdana Menteri baru nanti untuk membuat penonjolan terbaik di awal 3 bulan pemerintahan beliau. Maka senang lah kerja para 'spin doctors' melakukan kerja-kerja menaikkan imej dan merubah persepsi rakyat terhadap Perdana Menteri agar di terima dan di sanjungi selayaknya.

Tapi mereka lupa satu perkara,.. tiada yang buruk berakhir dengan baik. No Bad Things Will Ends Good. Mereka bisa sahaja menutup segala retak-retak kaca yang pecah, tapi ia takkan menghilangkan parut yang ada selamanya.

Mereka boleh merubah persepsi dengan mainan manipulasi dan influence, tapi ia takkan mengatasi kebenaran !

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7