Wednesday, April 1, 2009

UMNO Mendedahkan Angkara Mereka ?

'UMNO Silap Bebaskan Anwar'

Keratan ucapan perwakilan dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said semasa perbahasan Perhimpunan UMNO ke-59 di PWTC, 25 Mac 2009.

"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini."

Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Samada mereka sedar atau tidak kenyataan 'UMNO Silap Bebaskan Anwar' menonjolkan beberapa perkara tentang suatu 'kebenaran' dan 'kebodohan' hasil bahana dan kebejatan UMNO itu sendiri.

'Kebenaran' akan siapakah dalang di sebalik isu Anwar,. dan

'Kebodohan' kerana perwakilan mereka sendiri membuat kenyataan kesilapan membebaskan Anwar yang memberi erti UMNO terlibat dan ia kerana UMNO. Jika tidak kerana UMNO, Anwat tidak bebas seperti sekarang.

UMNO yang bebaskan Anwar bukannya kerana Keadilan Undang-Undang. Besar sungguh kuasa UMNO hingga mereka dengan GAH menuturkan, mendabik dada, merekalah yang membebaskan Anwar, tapi mereka mengaku tersilap rupanya.

Jika rasuah bagi mereka hanyalah satu politik wang yang hanya perlu di adili oleh Jawatankuasa Disiplin mereka sendiri, sekarang mereka mendedahkan satu lagi 'kebenaran' yaitu mereka lah di sebalik pembebasan Anwar Ibrahim.

Dan umum sekarang sedang memerhati langkah UMNO, adakah kekesalan 'membebaskan Anwar' dahulu akan di tebus kembali ?

Barangkali umum makin bertambah kuat keyakinan mereka bahawa liwat II Anwar Ibrahim barangkali juga ada kaitan dengan UMNO. Dan seandainya Anwar Ibrahim terpenjara kelak adakah dapat di elak tanggapan umum bahawa ia kerja UMNO.

Manusia bisa sahaja punya persepsi terhadap sesuatu. Dan persepsi terhadap apa yang bakal berlaku ke atas Anwar Ibrahim tidak dapat di elak lagi bila UMNO sendiri mengakui yang mereka lah yang 'tersilap membebaskan Anwar dahulu'.

'UMNO Silap Bebaskan Anwar'.. satu kenyataan bongkak lagi bodoh yang menonjolkan kebenaran tersembunyi.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7