Monday, June 15, 2009

Kebangkitan PAS Turut Menarik Pehatian Lee Kuan Yew

KOTA BHARU, 14 Jun : -Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, LeeKuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan GuruAbdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapuraitu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.
Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahuihubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebutmenguasai politik negara.
Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupandalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberilayanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.
Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengahmedia sebelum ini.
Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukansebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat jugaberada dalam suasana aman.
"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dansebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini samasahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasansyurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalahdengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka,"ujarnya.
Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antaratujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembanganpolitik di Kelantan.
Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.
"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawatisewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerananegara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.
"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hakberagama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannyaselepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnyahanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjunganhormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN,sebaliknya peringkat antarabangsa.

Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantanmengadakan lawatan ke Singapura.
Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura,Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato'Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar TanAbdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7