Thursday, June 11, 2009

SAF KEPIMPINAN BARU : TAMBAHAN

(dipetik dari Malaysiakini)

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti. Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan. Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.
Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas. Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan. Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.
Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib. Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.
AHLI JAWATANKUASA BARU DILANTIK
Datuk Husam Musa
Mohamad Sabu
Mohd Anuar Tahir
Mohd Taufik Abdul Ghani
Dr Mariah Mahamud
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah
SENARAI PESURUHJAYA NEGERI
Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
Abu Bakar Husin (Perak)
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu)
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7