Tuesday, June 16, 2009

Pemuda Pas negeri mahu pandangan Nik Aziz dihormati

KOTA BHARU 15 Jun - Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, idea tersebut tidak dibincangkan dalam kalangan ahli Pas dan menganggapnya sebagai 'masih tidak masak, tetapi telah dihidangkan'.
Tegasnya, cadangan tersebut mengakibatkan berlaku kekeliruan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli dan pemimpin Pas serta pakatan pembangkang.
"Pendirian ini perlu dihormati dan diterima oleh semua pemimpin Pas kerana beliau adalah Mursyidul Am parti.
"Pandangan beliau bukan sekadar berasaskan ilmu yang ada, tetapi selepas melalui pengalaman politik yang panjang dengan UMNO sebelum ini," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara. ref Utusan

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7