Ini Pilihanraya Kecil ketiga di hadapi PM Datuk Seri Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Dengan cetusan One Malaysia hasil idea spin doctors APCO Worlwide, sebuah firma antarabangsa yang dikuasai Yahudi, ia masih gagal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Firma sama mempromosikan konsep One Israel seperti pertama kali di umum oleh tokoh politik Israel, Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980.
Mengambil alih jawatan Perdana Menteri di atas apa yg dikatakan sebagai kegagalan Pak Lah, Najib nampaknya menyambung era kegagalan legasi Pak Lah sendiri.
Sejak kemerosotan sokongan diperoleh Pilihanraya Umum Ke-12, Mac 2008, Pak Lah menempuh 5 Pilihanraya Kecil.
Bermula dengan P44 Permatang Pauh, P36 Kuala Terengganu dan P59 Bukit Gantang dan 2 kerusi DUN N25 Bukit Selambau dan N29 Batang Air, BN memenangi hanya 1 kerusi DUN Batang Air (Sarawak), dan kalah 3 kerusi parlimen dan 1 DUN.
Najib mengambil alih jawatan Pak Lah dengan penuh bergaya dan sokongan padu pemimpin dan penyokong Umno.
Malangnya ia tidak memberi sebarang momentum penambahbaikan dan Najib hanya menyambung legasi Pak Lah yang merudumkan sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Sebaik Najib memegang jawatan Perdana Menteri, beliau menempuh pilihanraya kecil pertama bila cabaran DUN N12 Penanti terbuka buat beliau. Malangnya beliau mengambil jalan boikot dengan justifikasi lunak bagi elak pembaziran wang rakyat. Ia kelihatan wise decision dari Najib malangnya kemenangan calon PKR di DUN Penanti telah memberi impak negatif pertama buat beliau.
Di susuli pula dengan N41 Manek Urai, Kelantan. Dengan kerahan seluruh machinery Umno dan kerajaan, Najib hanya berhasil mengurangkan majoriti PAS di Manek Urai. Ia tetap memberi tamparan hebat buat pemerintahan dan imej Najib.
Akhirnya terbaru dan ini bukan yang terakhir, N11 Permatang Pasir telah menambah beban impak buruk buat Najib bila calon PAS menang selesa di pilihanraya kecil yang baru di adakan pada 25-Ogos-2009.
Telah 8 Pilihanraya kecil, dan BN hanya menang di Sarawak di DUN Batang Air dan gagal memenangi hati rakyat di 3 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN, 3 adalah di bawah era Najib.
Jelas kini, segala manifestasi sokongan padu dan pembaharuan yang di tonjolkan di bawah pemerintahan Najib hanyalah satu manipulasi media. Ia propaganda untuk melonjakkan imej Najib dengan promosi pembaharuan konsep 'One Malaysia'
Ia gah di canang tapi tidak mendatangkan hasil buat Umno dan Barisan Nasional.
Terbukti sudah moto Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Islam Hadhari di era Pak Lah dan 'One Malaysia' di era Najib hanyalah kesinambungan kosmetik yang cuba melakar indah keatas Umno dan Barisan Nasional yang telah buruk dan mereput.
Segala keburukan di tempel dengan moto dan konsep yang lunak tapi ia tidak cukup meyakinkan bagi meraih sokongan rakyat bagi membela kejatuhan Umno dan Barisan Nasional.
One Malaysia hanyalah kosmetik Umno dan Barisan Nasional, di potrait indah tapi tengit busuknya tetap kekal. One Malaysia Najib tidak membawa apa-apa makna. Kegagalan setelah diberi peluang 52 tahun tidak dapat di tutup dengan hanya mencanang slogan bagi tema pemerintahan.
Legasi buruk pemerintahan Umno dan Barisan Nasional tidak akan dapat dipadam dari peta pemikiran rakyat.
8 Pilihanraya Kecil telah membuktikannya !
Semoga PRU ke 13 nanti One Malaysia, whole nation akan menolak Umno dan BN ! Insya'Allah,. masanya akan tiba.
Author: DPP Gopeng
No comments:
Post a Comment