Friday, August 28, 2009

MCA Bergolak, Pecat Timbalan Presiden Chua Soi Lek

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (dua dari kanan) meninggalkan Wisma MCA selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden malam tadi. Mesyuarat Majlis Presiden telah memutuskan untuk memecat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta-merta.
TIMBALAN Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Disiplin MCA di Wisma MCA Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada MCA - berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD akhir 2007.
Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan berkata, mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat bekas Menteri Kesihatan itu berikutan kes tersebut.
"Di bawah Artikel 127(A) perlembagaan parti Dr. Chua dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diterima oleh beliau daripada Majlis Presiden.
"Menurut Artikel 128 perlembagan tersebut, keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh atau di mana-mana mahkamah.
"Kita lakukan keputusan ini dengan berat hati setelah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu telah menjejaskan imej parti," tegas beliau dipetik Bernama.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7