Wednesday, August 19, 2009

Ahli Umno Tak Masuk Syurga: TG Nik Aziz Nafi Kenyataan !

KOTA BAHARU: Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota Umno tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.
Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota Umno tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.
"Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli Umno. Ahli Umno dan penyokong Umno lain, dua perkataan berbeza," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nik Aziz berkata manamana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.
"Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7