Tuesday, August 18, 2009

Kelantan Hadiah Bungalow RM130,000 Kepada Pelajar Cemerlang Nik Nur Madhihah

Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.
Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.
Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.
Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.
Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.
Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. harakah
KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.
Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.
"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.
"Tahun ini dapatlah kami sambut Aidilfitri di rumah baru,'' katanya sambil memeluk ibu, Mariani Omar, 42, selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini semalam.
Nik Nur Madihah masih ingat sejak kecil dia bersama keluarga berhari raya di rumah yang sempit dan usang di tepi pantai Pengkalan Chepa itu.
Namun, di sebalik kedaifan hidup keluarga nelayan itu, Nik Nur Madihah menyimpan azam untuk memperbaiki taraf hidup mereka sehingga bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu berjaya memperoleh keputusan 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008. kosmo

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7