Monday, August 10, 2009

Koroner Arah Darah di Pejabat SPRM di Siasat

SHAH ALAM, 10 Ogos: Koroner kes kematian Teoh Beng Hock, Azmil Muntapha Abas, mengarahkan wakil bagi pihak Jabatan Peguam Negara, Tan Hock Chuan agar menguruskan ujian terhadap darah di Plaza Masalam.
Kesan yang dipercayai darah itu ditemui rombongan Koroner dan pembantu inkues itu di atas tangga dari tingkat 14 ke tingkat 15 serta dinding dalam pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kunjungan mereka ke situ Jumaat lepas.
Ketika ditanya, pegawai SPRM dan polis tidak pernah membuat siasatan ke atasnya.
Ekoran itu, hari ini peguam Gobind Singh Deo dan Malek Imtias Sarwar dengan persetujuan Tan Hock Chuan meminta agar darah itu disiasat hari ini juga.
Tian memaklumkan, polis sudah diarah menjadikan kawasan itu kawasan siasatan selepas mendapat notis dari para peguam yang mewakili Teoh Beng Hock dan kerajaan negeri Selangor Sabtu lepas. Siasah

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7