Monday, August 10, 2009

Pilihanraya Permatang Pasir di Bulan Puasa

PUTRAJAYA, 10 Ogos: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos iaitu dalam bulan puasa.
Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian datuk Hamdan Abdul Rahman, Adun PAS kawasan itu pada 31 Julai lalu.
Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Hamdan mendapat 11,004 undi mengalahkan calon BN dari Umno Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433.
Hamdan menang kawasan itu tiga kali berturut-turut iaitu bermula pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 lalu.
PAS disebut-sebut membariskan empat nama untuk dipilih oleh pimpinan parti itu. Mereka adalah Pesuruhjaya, Mohd Salleh Man, AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Negeri Yusni Mat Piah dan timbalan pesuruhjaya, Rosidi Hussain.
Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menyenarai pendek lima daripada 20 nama yang dikemukakan untuk dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, tidak lama lagi.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau akan menyelidiki mereka terlebih dulu sebelum nama calon yang sesuai dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Ciri terpenting calon itu mesti diterima pengundi pelbagai kaum dan kepimpinan parti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di sini, 3 Ogos lalu. Siasah

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7