Tuesday, August 25, 2009

Muhyidin Masih Dengan Mitos Lama

Mengulas kekalahan calon Umno di Permatang Pasir, Datuk Muhyiddin meluahkan kekecewaan beliau terhadap sikap pengundi DUN Permatang Pasir yang bagi beliau menolak perubahan bila menolak calon tajaan mereka. Nampaknya pemimpin Umno dan BN tidak pernah belajar dari kesilapan. Mereka masih dengan mitos pembangunan dan perubahan. Sedangkan lebih 52 tahun merdeka dan BN perintah negara, mereka gagal dalam membela nasib melayu.

Sememangnya pengundi telahpun membuat perubahan. Bila siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini dan di Permatang Pasir sendiri, pengundi telah menolak calon Umno dan BN. Rakyat telah mulai sedar petualang sebenar bangsa melayu dan negara. Rakyat sekarang tidak mudah lena di ulit mimpi indah tajaan Umno bahawa hanya BN membawa pembangunan.

Syabas buat pengundi Permatang Pasir. Semoga angin perubahan akan kekal sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti.


Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.
"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7