Tuesday, August 25, 2009

Sekitar Hari Mengundi PRK Permatang Pasir Hari Ni

KETUA tempat mengundi, Khairul Anuar Osman menggunakan semburan anti bakteria untuk mengawal H1N1 di peti undi sambil Munah Mahmud, 84, membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, hari ini. BH
CALON Barisan Nasional, Rohaizat Othman, bersama calon PAS, Saleh Man (kanan), bersalaman ketika berjumpa di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah pada Pilihan Raya Kecil Dun Permatang Pasir, tengah hari ini. BH

ORANG ramai berbaris menunggu giliran untuk membuang kertas undi mereka di kawasan N11 Permatang Pasir, Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti, Permatang Pasir, awal pagi ini. BH

Tiga wanita memakai penutup mulut dan hidung mengelak penularan selesema babi atau Influenza A (H1N1) ketika keluar mengundi pada pilihan raya keil DUN Permatang Pasir di SMK Samagagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. UO

Dua calon pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman (kanan) dari BN dan Salleh Man (Pas) bersalaman semasa kedua-duanya bertemu di perkarangan pusat pembuangan undi di SMK Samagagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. UO

Petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu para pengundi warga emas dan kurang upaya yang berkerusi roda untuk membuang undi di pusat pembuangan undi di SMK Samagagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. UO

Anggota polis trafik membantu melancarkan arus lalu lintas di sekitar Permatang Pasir yang sesak pada hari pengundian pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. UO

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7