Monday, August 24, 2009

PAS anggap tindakan Mohd Radzhi proses pembersihan pakatan pembangkang

BUKIT MERTAJAM: PAS menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya gembira serta tidak terkejut dengan tindakan Mohd Radzhi keluar dari PKR kerana mendakwa wakil rakyat itu merupakan beban kepada pakatan sehingga pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya.
Mohd Radzhi juga harus meletak jawatan sebagai Adun Lunas kerana beliau dipilih pengundi di kawasan berkenaan yang mahukan PKR di situ mewakili suara mereka di DUN Kedah dan bukannya beliau sebagai individu, katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Permatang Pasir di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Kedah mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.
Mohd Radzhi dilaporkan mahu mengekalkan jawatan exco negeri kerana ia pelantikan Sultan dan beliau juga tidak bercadang menyertai manamana parti lain.
Dengan pengumuman Mohd Radzhi itu, Kedah kini mempunyai empat ADUN dari PKR manakala PAS 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota Exco. Barisan Nasional mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7