Sunday, August 23, 2009

Fitnah Isu Syurga: TG Nik Aziz Teruskan Saman 3 Media Pro-Umno

Kegilaan manipulasi dan propaganda isu umno dan syurga oleh media mainstream pro-umno kendur apabila TG Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil tindakan undang-undang.

TG Nik Aziz melalui Penasihat Undang-Undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan TG Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit yang memutarbelit kenyataan asal beliau menarik semula kenyataan 'isu syurga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa 7 hari, sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Menurut Hanipa Maidin, jelas laporan-laporan media terbabti berunsur mala fide -berniat jahat-.

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Saman di buat terhadap Utusan malaysia, Berita Harian dan TV3.

Semalam, Buletin TV3 tekah mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.


"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik . Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO".

ModDPP: Tiada langsung di sebut Palestin dan kenyataan Umno tidak akan masuk syurga atau ke neraka. Sebelum ini putar belit kenyataan TG Nik Aziz juga berlaku terhadap isu Kerajaan Perpaduan yang keluar muka depan di Utusan Malaysia pada 15 June 2009 yang di cetak nasihat TG Mesti di dengar berbeza dengan kenyataan sebenar yg bermaksud nasihat beliau tidak semestinya di dengar. Ekoran saman di kemukakan TG Nik Aziz, Utusan Malaysia kemudiannya bertindak menarik balik kenyataan dan memohon maaf pada 30 July 2009.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7