Tuesday, August 4, 2009

Semoga Mereka Yang Pro-ISA akan berhadapan Dengan ISA Dalam Hidup Mereka Satu Hari Nanti !

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu. Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

Apa yang mereka mahu buktikan sebenarnya ? mahu membela keadilan dengan mempertahankan akta yang zalim ? mereka tidak akan sedar sehingga ISA kena pada pundak mereka sendiri.

Kita doa kan agar mereka yang menyokong penahanan tanpa bicara, penahanan tanpa sabit kesalahan di bawah akta ISA ini agar diri mereka, anak-anak mereka, saudara mara mereka, cucu cicit mereka kena tahan ISA satu hari nanti agar mereka dapat rasakan bagaimana zalim nya ISA merampas hak asasi seorang rakyat yang merdeka.

There's a people who wont realise their mistake until you poke them on their head. For that, for them to taste the bitterness of the ISA detention without trial, we hope for one day, sooner or later, themself, or their family members to be put behind bars under the ISA detention. Insyaallah,. ameen ya rabbal 'alamiin.

Untuk menguji kesabaran, Allah tidak kurniakan sabar, tetapi mengutus kesusahan, keperitan, kepayahan bagi menguji dan melatih kesabaran hamba-Nya.

Bagi menguji keimanan, Allah tidak mengirimkan iman secara bulat, tetapi mengutus dugaan dan ujian bagi menguji keimanan hamba-Nya.

Bagi menguji sejauh mana mereka yang menyokong ISA ini benar dengan tekadnya, marilah kita bersama doa kan agar Allah kirimkan mereka atau sanak keluarga mereka ke dalam ISA agar dengan itu membuka pintu hati mereka apa itu ISA dan adakah mereka akan tetap mempertahankannya bila terkena pada diri dan keluarga mereka sendiri satu hari nanti. Bukanlah berniat aniaya, tetapi suatu yang baik bagi mereka tidak seharusnya di tolak. Jika ISA baik bagi mereka, hantar lah mereka terima ISA dengan diri mereka atau sanak keluarga mereka. Perkenankanlah Ya Allah!

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7