Tuesday, August 4, 2009

Suhakam Pertahan Hak Berhimpun & Pertikai Proses Lerai Perhimpunan Anti ISA

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa kecewa tentang proses meleraikan peserta himpunan Anti-ISA yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan akhbar yang dihantar kepada Siasah, Suhakam berkata, polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air berkimia yang boleh memudaratkan sesiapa yang terkena bahan itu.

Dalam himpunan itu, ujar Suhakam lagi, 600 orang ditahan termasuk 44 remaja di bawah umur antara 13 hingga 17 tahun di tempat berlainan di ibu negara.“Suhakam tetap berpendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman,” tegas kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan Suhakam ini dibuat atas nama Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, Pengerusi Jawatankuasa Isu, Kerjasama Antarabangsa dan Siasatan, Dato’ Dr Michael Yeoh, Dato’ Choo Siew Kioh, Dato’ Haji Khalid Haji Ibrahim dan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Denison Jayasooria.

Dalam hal ini, Suhakam tetap konsisten merayu Kerajaan menimbang dan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dibuat oleh Suhakam tentang kebebasan untuk berhimpun yang telah berlaku dalam laporan Inkuiri Awam ke atas peristiwa Ahad Berdarah di KL dan Lebuh raya Kesas.

Menurut kenyataan itu lagi, Suhakam menyatakan pihak polis boleh mengambil tindakan paling perlu untuk mengawal himpunan tanpa perlu mencederakan sesiapa. ref

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7