Sunday, August 23, 2009

Ujian Buat Kedah: ADUN Lunas Radzhi keluar PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah, Mohammad Radzhi Salleh pagi tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Beliau berkata keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas.

Beliau berkata seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaluddin.

Mohd Radzhi berkata walaupun keluar dari PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai Adun bebas di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S.Ananthan dengan majoriti 10,323 undi. Bernama

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7