PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus. UO
ModDPP: Suatu 'gula-gula' manis buat rakyat terutama pekerja sektor awam kerajaan. Malangnya tempias kenaikan bonus kerajaan ini terkena pada semua rakyat Malaysia. Apa tidaknya, belum pun bonus di beri, havoc ura-ura sahaja, harga barangan keperluan harian telah melonjak naik. Ini menambah parah chain reaction kenaikan harga barangan yg di jangka berlaku ekoran kenaikan harga petroleum yg bermula 1-Sept. Pengumuman ura-ura bonus ini akan di sambut peniaga dengan perayaan menaikkan harga pengguna. Yang susah adalah rakyat juga. Lebih malang, sektor swasta yg lebih menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara, tetapi di kesampingkan sebarang insentif atau imbuhan sebagaimana di peroleh kerajaan. Kita yakin mereka di sektor swasta bukanlah mengharapkan bonus serupa kerajaan tetapi setidaknya memperoleh benefit sama spt cola, kemudahan pinjaman perumahan rumah dan kenderaan. Ia sepatutnya di kecapi semua rakyat Malaysia dan bukannya hanya pekerja sektor kerajaan sahaja.
Gula-Gula buat pekerja sektor kerajaan ini will be a bitter medicine -satu ubat pahit- yg bakal di 'rasa' kesemua golongan rakyat nanti.
No comments:
Post a Comment