
KUALA LUMPUR - Tiada sesiapa yang menyangka semasa hujan gerimis dan serentak dengan waktu umat Islam bersahur pagi semalam, ada seorang lelaki menghampiri bangunan Menara Berkembar Petronas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan dan mula memanjat.
Hanya dalam tempoh 90 minit kemudian, lelaki Perancis itu, Alain Robert, 47, yang memanjat tanpa sebarang peralatan sehingga dikenali di serata dunia sebagai 'Spiderman Perancis', sudah berdiri di atas puncak menara dua bangunan berkenaan.

Seorang jurugambar, Ee Wee Kiat yang merakamkan aksi Robert berkata, lelaki itu dilihat memanjat tanpa peralatan.

Robert ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas gagal memanjat Menara Berkembar Petronas pada 2007. kosmo/
No comments:
Post a Comment