8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.
8.56am:
Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".9am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".
9.16am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.
9.17am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.20am: Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain.
9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati pencadangnya bukan dari Bagan Pinang. Penyokongnya penduduk Bagan Pinang. Beliau sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.
9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.42am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.
"Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang.
10.am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.
10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
No comments:
Post a Comment