Sunday, October 11, 2009

Muhasabah Diri: Pelihara Dan Tegakkan Islam Dalam Keluarga Kita

Anak di lahirkan fitrah, suci bersih seumpama kain putih. Kitalah yang mencorakkan anak kita samada menjadi Islam kulit, Islam warisan, majusi, nasaro,. atau Islam tulen.

Mendidik anak-anak bukan setakat memberi mereka makan, pakai, sekolahkan mereka tetapi mengajar mereka dengan ilmu agama.

Ajari dan didik lah anak-anak kita dengan Islam. Ajarkan mereka al-quran. Imamkan keluarga solat jika tidak sempat ke masjid, ajari merka al-quran, ajarkan anak-anak dengan doa harian, lazimkan mereka memperdengarkan kepada kita.

Perkara yang tidak di amalkan buat mereka lupa, dan ilmu yang di lupakan adalah sia-sia. Lazimkan mereka tuturkan kalimah syahadah, adakah mereka tahu, betul sebutannya, dan tahu maknanya.

Jangan terkejut, ramai anak-anak kita orang Islam yang mengucap pun lintang pukang walaupun dah mumayyiz. Ramai anak-anak kita yang tidak tahu baca quran. Ramai anak-anak kita yang tidak memberati solat, anak-anak perempuan kita , isteri kita pula kita biarkan tidak menutup aurat dengan betul. Salah siapakah itu? Adakah kita fikir kita akan terlepas dari semua kemungkaran tanggungjawab kita itu?

'Jagalah dirimu dan ahli keluarga mu dari api neraka'

maknanya kita kena pastikan bermula dengan diri kita dan anak-anak kita, isteri kita, sanak saudara kita,. semuanya mengamalkan Islam.

Sebagai mereka yang mengaku memperjuangkan Islam, perlulah memastikan keluarga sendiri tertegak dengan hukum Islam. Pembesar memerintah negara, suami memerintah keluarga. Kita tidak akan menanggung beban pemerintah, tetapi suami, ketua keluarga akan di pertanggungjawabkan akan sejauh mana iman dan Islam ahli keluarga kita.

Ingat lah, anak yang soleh dan solehah hanya lahir dari didikan Islam yang sempurna. Menyekolahkan mereka, buat mereka berjaya skor dalam peperiksaan hanyalah kejayaan bagi bekal hidup di dunia.

Ramai ibu bapa yang berjaya didik anak mereka untuk menjadi orang yg berjaya hidup di dunia, tapi belum tentu berjaya menuju jalan akhirat.

Ingatlah, anak-anak yg gagal kita didik ke arah Islam, isteri yang kita biarkan tanpa didikan agama, akan mengheret kita ke neraka di akhirat kelak.

Kerana kita gagal, walaupun telah di beri peringatan,
'Jagalah (peliharalah) dirimu dan ahli keluarga mu dari api neraka' (at-tahrim, ayat 6)

MoD DPPGopeng

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7