KUALA LUMPUR - Harga minyak mentah dijangka meningkat pada tahun 2010 seiring dengan tinjauan ekonomi yang lebih baik, sekali gus merancakkan lagi pemberian projek-projek baru minyak dan gas, kata OSK Research.
Menurut syarikat penyelidikan itu, unjurannya untuk harga minyak mentah ialah AS$60 (RM207.60) hingga AS$70 (RM242.20) setong pada tahun ini dan AS$70 (RM242.20) hingga AS$80 (RM276.80) setong untuk tahun 2010.
"Malah, kami percaya projek-projek prospektif dijangka diberikan pada bila-bila masa sekarang memandangkan syarikat utama minyak telah lama menangguhkan perbelanjaan mereka sejak setahun lepas ekoran situasi tidak menentu dalam ekonomi global," kata OSK Research dalam nota penyelidikannya semalam.
Harga minyak mentah telah pulih sejak suku pertama 2009 dengan mencapai purata AS$68 (RM235.28) setong pada suku ketiga, ujarnya.
No comments:
Post a Comment