KENYATAAN
MEDIA 23 APRIL 2012
HAMIDAH MEMBISU
ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA
Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu
Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat
(PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan
agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha
bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.
Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah
bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan
PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.
Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi
di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa
pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan
yang lebih jauh daripada ‘market coverage’ mereka. Dengan hanya diberi
tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke
kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk
melindungi peralatan bengkel mereka!
Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama
lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah
bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah
Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.
Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh
kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak
pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya
dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.
Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat
perhatian YB Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah
menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato’ tidak pernah menjenguk kawasan
bengkel-bengkel berkenaan.
Pada pengamatan
saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi
perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan
bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri.
Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk
celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum
Melayu yang berniaga di sana.
Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk
menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda
yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan
Negeri Sungai Rapat.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai
Rapat
<!--[if gte mso 9]>
No comments:
Post a Comment