KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012
DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR
MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH
Dewan Pemuda PAS Kawasan
Gopeng mengutuk tindakan UMNO yang menganjurkan majlis maksiat 10 meter dengan
tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng malam semalam 23
April 2012.
Berdasarkan makluman penduduk
tempatan majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel dan disertai
dengan minuman arak dan 4 ekor babi panggang bukan dianjurkan oleh MCA bahagian
Gopeng. Jika ia bukan anjuran MCA siapa pula yang sanggup menganjurkan majlis
untuk mengganggu program Pakatan Rakyat dan PAS?
Mengikut ‘trend’ terkini,
budaya mengganggu program penerangan Pakatan rakyat kesemuanya dianjurkan atas
tajaan YB Datuk Hamidah Osman.
Dewan Pemuda PAS Gopeng mendesak
pihak tertentu baik anggota profesional atau badan khas untuk menyiasat
bagaimana seorang ADUN boleh menganjurkan begitu banyak program ceramah segera
tanpa perancangan awal, dengan bayaran tinggi untuk mengupah para makcik-makcik
serta sewaan bas untuk mengangkut hadirin. Pemuda PAS juga menyarankan agar YB Datuk Hamidah Osman menyahut cabaran
Saudara Radzi Zainon untuk berdebat sahaja memandangkan keghairahan beliau
untuk berceramah dengan spekaer yang cukup kuat sehingga mengganggu masyarakat
sekitar.
YB Datuk Hamidah juga
dikatakan telah membazir wang dengan
menganjurkan program yang cukup jelak dengan tarian seksi dan hidangan babi dan
arak serta meletupkan beberapa kali bunga api yang hanya dibazirkan wang semasa
sambutan kemerdekaan atau perayaan sahaja.
Apakah tujuan sebenar beliau?
Jika benar ingin memberi penerangan kepada rakyat tempatan sila anjurkan amjlis
yang beradab. Mengapa pula perlu ‘mengimport’ makcik-makcik UMNO daripada Batu
gajah semata-mata untuk mendengar ceramah di Song Choon dan Changkat Larang sebelum ini? Bukankah ia membazir dan
tidak menepati misi penerangan untuk memberi maklumat ke akar umbi?
Dewan pemuda PAS Gopeng juga
mengucapkan tahniah kepada para petugas polis dan Unit Amal yang berjaya
mengawal keselamatan dan keamanan sepanjang program, malah kami memuji sikap ‘sabar
dan ‘gentleman’ para hadirin dan penyokong BERSIH yang ditonjolkan.
Ternyata bajet tinggi yang
ADUN Sungai rapat keluarkan untuk menimbulkan provokasi dalam majlis Pakatan Rakyat
tidak berjaya dan ADUN sebegini perlu dihukum melalui undi rakyat yang menolak
calon tanpa kredebiliti seperti beliau.
Dewan
Pemuda PAS Kawasan Gopeng
No comments:
Post a Comment