Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?
Beberapa
blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian
penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh
pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat
parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April
2012.
Majlis
maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah
perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga
api yang cukup mahal.
“ Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?” ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.
Menurut
tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina
menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah
menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah
lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan
daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan
penganjuran tersebut.
“ Petanda
mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja
dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang !
Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja
dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? “komen Radzi Zainon lagi.
Sebenarnya
jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh
blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan
mengambil sisi ‘win-win situation’ bukan berkeras dan degil seperti
semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama
ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan
Rakyat di DUN Sungai Rapat.
Jika
sebelum ini UMNO menjemput ‘ustaz segera’ untuk berceramah walaupun
tajuk bernada ‘rasis’ dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini
mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga
terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat
menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka
sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
No comments:
Post a Comment