Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat
Rakyat Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih
apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat
(Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa
jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran
ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat
persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.
Walaupun tajuk ceramah yang
diadakan dihebahkan bertajuk bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?,
hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias
telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk
menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita
picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam
ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang
sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.
Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia
Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg
Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang
lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau
bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi
beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini
tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz.
Bekas Ketua kampong Sri Rahmat
semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong
UMNO Sri
Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan
tajuk
ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan
penceramah
yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga
berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong
ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi
sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat
Muhammad Nuruddin Bashah = member engine UM, adik kepada Shahril ka ni?
ReplyDelete