Sunday, May 20, 2012

Kenyataan Media 20 Mei 2012 Dalil-dalil lemahnya BN Gopeng



Kenyataan Media 20 Mei 2012
Dalil-dalil lemahnya BN Gopeng
UMNO Gopeng kelihatan terdesak untuk meraih sokongan kaum melayu walaupun terpaksa melanggar polisi kempen 1 malaysia dengan membawa idea-idea perkauman dalam setiap ceramah bersiri mereka hari ini.


Sebagai contoh dalam siri Ceramah Nizar Pembohong Bersiri di kawasan Parlimen Gopeng dan DUN Sg Rapat khususnya, mereka tidak dapat lari daripada memperlekeh kaum Cina semasa mereka mengaitkan Nizar sebagai  boneka DAP. UMNO sedari dulu tidak pernah meletak imej DAP sebagai parti multiracial berkelai-kali mengingatkan ancaman Cina memperguna melayu apabila PAS berkawan rapat dengan DAP. UMNO Gopeng terlupa bahawa setiap patah isi ceramah mereka turut sampai ke telinga-telinga kaum Cina di kawasan itu.
Lebih malang mereka kelihatan seperti kanak-kanak kecil. Mendirikan khemah di mana sahaja adanya ceramah Pakatan Rakyat. Jika khemah diubah mereka juga akan mengerahkan anak muda UMNO mengubah khemah untuk berceramah disebelah tapak ceramah Pakatan Rakyat.
Adakah UMNO telah sedar bahawa ceramah merupakan metod paling ampuh member penerangan? Adakah mereka mulai curiga dengan keberkesanan propaganda melalui media massa yang mereka kuasai? Jawapannya tidak!
Mereka langsung tidak optimis dan percaya ceramah umum dapat mengubah persepsi rakyat teerhadap UMNO. Mereka hanya ingin mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Buktinya?
Pertama, mereka langsung tidak kisah penduduk tempatan yang mungkin tidak hadir (atau peratusan kehadiran yang kecil) ke ceramah mereka. Lantaran itu mereka sanggup berceramah di hadapan pengikut mereka tegar mereka yang diangkut dengan bas-bas persiaran dan semestinya makcik-makcik berkenaan bukan penduduk tempatan. Ini menunjukkan polisi mereka adalah ‘janji ada orang depan pentas’ tanpa mengira keberkesanan ceramah. Tidak seperti KPI ceramah Pakatan Rakyat yang menitik berat kehadiran penduduk tempatan. Jelas UMNO hanya ingin mengganggu ceramah pihak lain.
Kedua, speker yang mereka pasang dihalakan kearah tapak ceramah Pakatan Rakyat.  Bukankah kelihatan bodoh jika berceramah di hadapan audien tetapi spekernya dihalakan ke satu hala tertentu sahaja?
Ketiga, dalam isi ceramah UMNO, si penceramah akan berucap seolah-olah mencabar dan menyindiri penceramah Pakatan Rakyat disebelah. Jika benar berceramah mereka patut bersedia bercakap dengan hadirin di hadapa sahaja bukannya bercakap dengan audien di ceramah sebelah!
Lebih melucukan UMNO adalah parti yang paling penakut untuk berdebat tetapi cukup garang dalam majlis ceramah mereka sahaja.
Pada pandangan kami jentera Pilihanraya PAS Gopeng, Barisan Nasional sudah tidak memberi erti bagi rakyat Gopeng. Buktinya, BN hanya terdiri daripada UNIO sahaja di Gopeng. Tiada aura atau bahang dari MCA dan MIC.
UMNO Gopeng memang gentar hari ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kombinasi PAS, PKR di Gopeng berbanding mereka yang hanya mampu mengadakan ceramah UMNO sahaja dengan tema perkauman. Lebih memeningkan mereka, sahabat-sahabat DAP daripada Batu Gajah dan Ipoh Timur juga kerap bertandang ke Parlimen Gopeng untuk memberi peneranagn kepada rakyat.
Jika benar BN itu hebat, sila adakan ceramah BN yang sejati. Di mana MCA dan MIC anda jika benar anda memerintah negara ini dengan kerjasama 3 kaum utama? Di mana elemen 1 Malaysia yang Presiden anda kumandangkan?
Jelas UMNO Gopeng yang ditunjangi oleh YB hamidah Osman  tidak akan mampu menjawab persoalan ini kerana UMNO Gopeng kini kian tenat, resah dan nyanyuk untuk menhadapati kemaraan gelombang perubahan fikrah dan tekad pengundi bagi Pilihanraya UMUM- ke13 akan datang.
Radzi Zainon
Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng, merangkap Penyelia Pusat Khidmat DUN Sg Rapat

1 comment:

  1. Sama seperti yang berlaku di Matang Gerdu Bagan Serai malam tadi...tiada isu yang konkrit di ketengahkan oleh UMNO Barisan Nasional...hanya makcik-makcik yang hadir...sekitar 60 orang.

    ReplyDelete

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7