Wednesday, May 2, 2012

‘Negara Islam’ Hukum Fauzi Ghazali


‘Negara Islam’ Hukum Fauzi Ghazali
Muktamar Pemuda Negeri Perak yang diadakan pada 29 April 2012 baru-baru ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas Pemuda iaitu Saudara Fauzi Ghazali pemain sepaktakraw tersohor tanahair.
Beliau telah terpilih sebagai Ikon Anak Muda PAS oleh barisan kempimpinan Pemuda PAS Perak.
Menyorot kepada sejarah kegiatan beliau dalam sepaktakraw, sikap beliau yang tegas serta istiqamah dalam pendirian memakai seluar panjang dalam perlawanan sepaktakraw sehingga sanggup menerima kad merah tanpa sebarang rasa kesal cukup mengkagumkan.
 Ikon sebeginilah yang wajar dijadikan rujukan dan perhatian oleh para remaja yang masih kabur berkenaan bagaimanakah  identiti tokoh yang perlu mereka sanjungi.
Kekecohan telah berlaku pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super 2011 di Dewan 2020, Kangar, Perlis selepas berlaku  pertikaian seluar panjang Fauzi sebagai pemain pasukan  Perak dalam perlawanan tersebut.
Walaupun  Perak telah menang 2-1, keputusan perlawanan itu diubah menyebelahi Kedah ekoran bantahan terhadap pemakaian seluar panjang 'sut trek' yang didakwa tidak menepati peraturan permainan yang ditetapkan PSM mahupun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).
Bekas tekong Sukan Asia Busan 2002 itu juga dikenakan kad merah dan dibuang daripada kejohanan oleh pengadil apabila masih berkeras memakainya sebelum menentang Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dan digantung daripada sebarang kejohanan anjuran PSM sehingga kesnya dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.
Sebagai sebuah negara yang digelar negara Islam, malah Perdana Menteri sendiri ghairah memperomosi konsep Islam wasatiyyah, malaysia sepatutnya mampu menggaris atau meminda sebarang peruntukan undang-undang perlawanan sepaktakraw bwergantung kepada keseriusan kerajaan untuk mengislamisasikan industri sukan negara kita. Sebelum ini rakyat malaysia yang prihatin mungkin sedih dan kesal dengan keputusan FIFA menolak penyertaan pasukan bola sepak wanita Iran. Pasukan bola sepak wanita Iran dikatakan tidak mermatuhi panduan pakaian yang ditetapkan oleh undang-undang walaupun sebelumnya Persatuan Bola Sepak Iran menyuarakan protes terhadap larangan bertanding yang dikeluarkan terhadap pasukan bola sepak remaja mereka di Sukan Olimpik Remaja 2012 yang akan diadakan di Singapura Ogos ini. Larangan itu berikutan pasukan bola sepak remajanya memakai tudung ketika beraksi di padang.
Semoga semangat menegak syariat seperti pelari wanita bahrain, pasukan bola sepak wanita Iran dan fauzi Ghazali akan membakar semangat anak muda agar sedar kebangkitan islam bakal berlaku melalui jalan-jalan sukar seperti sukan, perfileman dan hiburan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng


No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7