Thursday, May 3, 2012

Tuntutan Dong Zong perlu ditangani dengan bijak

Tuntutan Dong Zong perlu ditangani dengan bijak
Gopeng- 3 Mei 2012, Pemimpin negara yang berasaskan perkauman akan menghadapi cabaran dan masalah besar setiap kali menangani isu perkauman yang tercetus di kalangan rakyatnya sendiri. Inilah petaka dan bala akibat memakai fahaman perkauman sebagai asas pembinaan negara.
Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 2012 yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Perak 1 Mei 2012 yang lalu,  wakil Dong Zong (Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ) telah membentangkan secara panjang lebar beberapa bukti penafian hak SJKC dan SJKT oleh kerajaan Pusat. 


Menurut Penyelia Pusat Khidmat  Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, Saudara Radzi Zainon, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu bijak menangani isu kepentingan dan tuntutan Dong Zong serta mana-mana persatuan yang mewakili pendidikan vernakular. 
“ Umpama menarik rambut dalam tepung, begitulah juga cara kerajaan perlu untuk menerapkan teras bahasa kebangsaan, dasar kebangsaan dan penerapan nilai negara dalam sistem pendidikan vernakular negara kita, hal ini jelas kerana insan yang mendokong pendidikan vernakular adalah juga manusia biasa, yang telah lama menjunjung tradisi dan budaya bangsa mereka, adalah tidak adil jika suara mereka dilayan dengan labelan rasis dan perkauman melampau seperti yang selalu tertera dalam media cetak kerajaan”, ulas Radzi semasa ditemui oleh Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.
Menyorot berita yang disiar dalam Berita Harian 13 April 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar Dong Zong sebagai pelontar  pembohongan besar kerana menurut beliau kerajaan BN telah  memperuntukkan purata RM2.24 juta setahun untuk setiap SJKC, SJKT (RM1.99 juta) dan sekolah kebangsaan, RM2.26 juta semasa beliau mengadakan pertemuan bersama kira-kira 1,000 guru SJKC dan SJKT di sini dalam siri program tinjauan susulan jelajah ‘Nurani Rakyat’.
Tambah Muhyiddin lagi 30 buah SRJK Cina menerima peruntukan RM5.28 juta manakala 37 buah SRJK Tamil pula  mendapat RM21 juta. Peruntukan itu adalah daripada tabung RM100 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2012. 
“ Dialog muhibbah perlu dilakukan malah ia perlu dilakukan secara serius dan dipantau secara serius untuk mengenalpasti skeptikal sekolah vernakular terhadap arahan kementerian untuk menyelaras buku teks dalam bahasa kebangsaan, mereka gusar akan keterhakisan bahasa ibunda mereka, jadi kerajaan perlu susun bagaimana penggunaan bahasa ibunda mereka tidak terhakis dalam teks pelajaran selain bahasa Mandarin samada diselitkan sebagai dwi bahasa atau berasingan seperti teks Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi”, tambah Radzi lagi.
Dalam hal ini adakah kenyataan  Muhyiddin bahawa kerajaan memang telah menyalurkan bantuan itu benar atau tidak sampai hingga ke akar umbi? Hal ini masih kabur kerana Dong Zong masih menjalankan dana khas dan masih menagih derma untuk membangunkan prasarana dan pembangunan pelajaran mereka. Sebenarnya jika hal sebegini berlarutan, ia jelas akan mengurangkan kebergantungan sekolah vernakular terhadap kerajaan dan akan menghasilkan hubungan dingin yang berlarutan antara kementerian pelajaran dengan rangkaian sekolah vernakular.
Penerapan misi kebangsaan dan nilai kebangsaan tidak akan berjaya jika teori seumpama komunisme yang menggasak rakyat untuk menerima nilai kebangsaan dilaksanakan. Ia adalah suatu pemupukan manusiawi yang pelru dilakukan secara seni dan konsisten.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7