Sunday, July 1, 2012

Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat?



PERTAMA KALI ANDA MENDENGAR UMNO BERDEMO MEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT? JANGAN PELIK KERANA USI UMNO SUDAH TIDAK LAMA...TIDAK BEBERAPA HARI LAGI MEREKA AKAN TERKUBUR TERUTAMA DI GOPENG....DATUK HAMIDAH TIADA JALAN LAIN MELAINKAN MENYERU SERUAN JIHAD SEBAGAIMANA SADDAM LAUNGKAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA (SEDANGKAN SEMASA HAYATNYA ISTILAH JIHAD PUN TIDAK DIFAHAMI) MAKA DILAUNGKAN SLOGAN RASIS..DIPANGGIL JUAK-JUAK KEBANGSAAN BERDEMO, BERHIMPUN KONON LAWAN CINA....INILAH POLITIK TINGGALAN PENJAJAH YANG MASIH DIPERTAHAN OLEH SEGELINTIR KETUMBUKAN MELAYU YANG INSYA ALLAH AKAN PADAM...

Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?

·         Dalil 1 : Melengah-lengahkan pemindahan pelajar sekolah agama rakyat Ar Rahmaniah Taman Pegoh Aman daripada Surau Desan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman pada 2009. Sikap lepas tangan.

·         Dalil 2 : UMNO memanag tiada rekod pertahan sekolah agama rakyat, Hamidah hanya timbulkan isu pemindahan apabila UMNO terdesak untuk menggunakan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman untuk persiapan pilihanraya UMNO/BN (Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.) Ini bukti UMNO sayang sekolah agama?

·         Dalil 3 : Bukti Hamidah ‘sayang’ pelajar Sekolah Agama Rakyat, membiarkan sahaja Ketua Cawangan UMNO Desa Aman menghalau pelajar berpindah ke dalam khemah (selama 2 minggu)  di perkarangan surau Desan Aman pada Mac 2012 seperti pelarian sedangkan kawasan tersebut pesat membangun.

·         Dalil 4 : Hamidah biarkan sahaja surat arahan mengosongkan Dewan Orang Ramai sebanyak  8 kali  dikeluarkan kepada pengurusan sekolah oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Pegoh. Pihak sekolah terpaksa merayu agar mereka dibenarkan untuk ‘melukut di tepian gantang’ di dewan berkenaan. Jawapan Datuk Hamidah, pergi bincang dengan Ketua Cawangan (seolah-olah UMNO punya markaz)

·         Dalil 5 : Pihak sekolah TELAH  minta peruntukan RM 500 000  daripada Kementerian Palajaran Malaysia  tetapi GAGAL  malah usaha  memohon bantuan daripada  Hamidah selaku ADUN Sg Rapat untuk dana sekolah agama dijawab dengan jawapan TIADA PERUNTUKAN.

·         Dalil 6 : Pada Februari 2012 pihak jawatankuasa Sekolah telah memohon dana daripada  Datuk Hamidah tetapi ditolak  mentah-mentah atas alasan tiada peruntukan. Tetapi selepas menerima tekanan Pakatan Rakyat pada Mac 2012, Hamidah tergesa-gesa mengarahkan pelajar  yang berkhemah masuk semula ke Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman pada petang itu juga dan mengumumkan peruntukan serta merta  sebanyak RM 100 000. 

 Dalil 7 : Jika benar UMNO komited bangun sekolah agama, kenapa tidak tunaikan hasrat jawatankuasa membina sekolah yang lebih besar dengan 8 bilik dan berkantin? Kenapa perjumpaan jawatankuasa sekolah dengan Datuk hamidah dan MB Zambry hanya dipandang dingin? kenapa hanya bangunan 3 kelas sahaja dibina malah dibina tergesa-gesa tanpa peduli pandangan kaum cina yang merasakan mereka berhak terhadap padang itu? Jika serius, cari tanah yang lebih luas, luluskan sahaja RM 500 ribu!

Kesimpulan : Sebenarnya hamidah tergesa-gesa membina sekolah agama rakyat di padang tersebut adalah kerana keperluan terdesak UMNO cawangan berkenaan untuk menggunakan Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman sebagai bilik gerakan UMNO/BN ke arah menghadapi pilihanraya umum.


MEDIA SUNGAI RAPAT

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7