Tuesday, August 14, 2012

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini
Desa Pakatan- 12 Ogos 2012
Ramadhan saban tahun tetap menjadi pilihan utama bagi Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat PAS  DUN Sungai Rapat untuk menabur bantuan dan kebajikan kepada rakyat di DUN Sungai Rapat.
Selain khidmat sebagai pentazkirah tetap setiap malam dengan isi tazkirah yang sarat berkenaan motivasi ibadah dan akhlak, beliau juga giat berjumpa dengan rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam beliau dengan kerjasama UPU Desa Pakatan  telah mengagihkan wang zakat kepada hampir 30 orang asnaf yang layak termasuk seorang muslimah yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan di Surau Taman Pinji Mewah. Selepas mengedar duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, majlis berbuka puasa antara asnaf zakat bersama warga PAS Desa Pakatan dan PAS Kawasan Gopeng berlangsung dengan begitu meriah.
“Walaupun dengan kekangan kewangan PAS yang agak terhad, tetapi Alhamdulillah, ramai penyumbang infaq dan zakat yang kami perolehi dapat disegerakan untuk disalur kepada yang ‘berhak’ tanpa perlu menunggu terlalu lama. Malah semakin kami turun menghulur bantuan, pintu rezeki untuk pertambahan sumbangan daripada para mukhlisin kelihatan memberangsangkan”, jelas Radzi Zainon yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng kepada Media Sungai Rapat.
Saudara Radzi Zainon yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Radzi di DUN Sungai Rapat ini  juga telah mengagih bantuan Pusat Khidmat di beberapa tempat lain seperti di Taman Temara, Kampung Sungai Rokam, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Changkat Larang, Kampung Ara Payung dan beberapa kampung lain.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat








No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7