Wednesday, March 18, 2009

Nizar fail rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi (20 Mac 2009)

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk merujukkan saman beliau terhadap Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, kepada Mahkamah Persekutuan.
Peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu bahawa mereka juga memfailkan notis usul bagi penangguhan prosiding untuk merujukkan kes itu kepada Mahkamah Persekutuan, yang dijadual didengar Jumaat ini (20 MAC 2009).
Notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini manakala notis usul itu difailkan di Pejabat PEndaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi ini, kata Amer Hamzah.
Pada 6 Mac, Hakim Lau Bee Lan memutuskan terdapat isu berperlembagaan melibatkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan pada 10 Mac menetapkan bahawa terdapat empat persoalan perlembagaan perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.
Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan semakan kehakiman pada 13 Feb, memohon pengisytiharan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr. Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. link

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7