Monday, August 10, 2009

Mayat Pengganas Bukan Noordin Mat Top?

SEBUAH akhbar di Indonesia, semalam memaparkan berita muka depan bahawa jasad yang terbunuh 'Tidak Mirip Noordin'.

BEJI, Indonesia - Terdapat keraguan bahawa lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Dusun Beji, Temanggung, Jawa Tengah pada Sabtu lalu ialah pengganas paling dikehendaki di Asia iaitu Noordin Mohammad Top, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, spekulasi tercetus bahawa lelaki yang mati ditembak di rumah itu ialah Noordin.

Spekulasi itu tercetus kerana setakat ini tiada pengesahan daripada polis Indonesia mengenai perkara tersebut.

Identiti mayat lelaki itu mungkin diketahui dalam tempoh dua minggu lagi selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Pada Jumaat lalu, sepasukan anggota polis mengepung dan melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah yang didakwa menjadi tempat persembunyian Noordin di Temanggung dalam operasi yang berakhir kelmarin.

Ketika kejadian, Noordin, 40, dikatakan bertahan berseorangan daripada serangan polis dalam rumah itu.

Namun, akhbar Jawa Pos memetik beberapa sumber menyatakan keraguan bahawa jenazah yang ditemui dalam rumah itu ialah Noordin - seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia.

Alasan yang dikemukakan bagi mewajarkan hujah itu ialah bentuk tubuh lelaki tersebut tidak sama seperti Noordin.

"Jasad itu lebih pendek daripada profil Noordin," kata sumber tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh polis berhubung fizikal Noordin, pengganas itu didapati kerap memakai kemeja lengan panjang untuk menutup kulit pada tubuhnya yang menyerupai kudis. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7